Ini bukan kes kecil hati lagi, tetapi boleh dikategorikan sebagai ‘makan hati’ dan ‘sakit hati’ kerana tempat untuk mencari rezeki sudah bertukar jadi sarang maksiat. apa lah nak jadi..
Dalam gosip di akhbar Harian Metro menyebut, seorang artis veteran ternampak sendiri perlakuan artis yang tidak teragak-agak dan tanpa segan silu masuk ke bilik.
Mustahil artis perempuan itu mahu membantu artis lelaki itu membetulkan cadar ataupun menukar sarung bantal kerana pihak pengurusan penginapan itu sudah menyediakan pekerja yang ramai untuk membuat kerja-kerja itu semua.
Lagipun takkan artis wanita itu sanggup menggunakan jari jemarinya yang mulus itu untuk mengemas bilik artis lelaki itu.
Khabarnya artis veteran artis veteran itu marah benar akan perlakuan tidak senonoh kedua-dua artis itu. Ia turut memalitkan arang ke wajah artis lain yang mana kalau masyarakat tahu macam gitulah perangai artis, langsung hilang hormat pada penggiat seni tanah air.
Di manakah letaknya maruah mereka sebagai manusia sehingga sanggup melempiaskan nafsu tanpa mempedulikan orang sekeliling.
Suatu ketika dulu artis wanita itu khabarnya bakal menamatkan zaman solonya, tetapi sayang sekali jodohnya bersama buah hati tidak kesampaian dan sejak itu dia bagaikan kehilangan arah.
Masakan artis itu tidak ‘naik sawan’ kerana rakan katannya ramai yang sudah berkahwin dan ada anak,
0 comments:
Post a Comment